naziehah

life. love. learn. dream.

Campo-campo July 2, 2008

Filed under: Personal — naziehah @ 9:13 pm
Tags: , , ,

Sudah menulis dalam Bahasa Melayu ni, rasanya mahu diteruskan dengan yang kedua.

Campo-campo la kisah hari ni.

Ada orang suruh saya beli Utusan, sebab ada artikel tentang ‘tarian gelek’. Aduh, sakit mata dan telinga mendengarnya. Tapi biar la. Saya sudah pun tulis tentang hal itu di sini. Tapi ada yang bagusnya, lebih ramai yang tahu tentang tarian timur tengah, lebih senang kerja saya. Lebih ramai yang celik mata, lebih kurang yang cebik bibir. Biar lebih ramai yang tahu, kami yang suka menari, bukan orang maksiat – cuma nak sihat! ;)

Saya mengalami reaksi alergi yang agak serius sekarang. Saya rasa sudah tiba masanya si Periwinkle dan Mika mencari rumah baru. Ternyata badan saya tidak dapat menahan reaksi kepada bulu mereka, sementelah pula mereka semakin besar dan bulu semakin banyak. Ada sesiapa mahukan kucing-kucing saya?

Saya menulis sambil bersin tak henti-henti. Sekarang mata sudah berair. Kena berhenti dulu.

Oh, saya sudah siapkan draf sambungan ‘teach me to fish’ – learn to sell, cuma belum selesai semak lagi. Nanti yea. Bersin semakin menjadi-jadi.

 

 

 

Filem Sepi July 2, 2008

Filed under: Personal — naziehah @ 12:23 am

Baru pulang menonton Sepi. Ah, mujur sekali kami pergi. Ceritanya bagus sekali!

(jangan ketawa! ini ikhtiar saya untuk menulis dalam bahasa melayu. saya tahu bunyinya canggung.(sekurang-kurang saya tahu menggunakan perkataan canggung :P ) ).

Saya terpanggil sekali untuk menonton filem ini setelah membaca catatan Afdlin Shauki dalam blognya. Memang terasa juga di hati membaca komentarnya, kerana saya adalah juga (mungkin dahulu lebih teruk), antara orang-orang yang tak akan langsung menonton filem Melayu.

Tapi bukan salah kami sepenuhnya, kami dibesarkan dengan bahasa asing (inggeris), sejak kecil bertutur dalam bahasa asing, berfikir dalam bahasa asing, belajar dalam bahasa asing. Hinggakan, bahasa sendiri yang menjadi asing.

Bukan itu sahaja, kami jugak dahulunya dimomokkan (serta dikecewakan) dengan filem Melayu yang lebih menakutkan daripada cerita hantu jepun! Jalan cerita kelam kabut, pelakon macam katun, dan eh, macam-macam la yang menakutkan hingga lihat poster filem sahaja sudah terketar-ketar!

Oleh itu, apabila orang-orang seperti saya mengambil keputusan untuk menonton filem Melayu, ia satu langkah yang besar dan juga (mungkin agak sukar). Tapi sekurang-kurangnya, langkah itu kami ambil.

Tidak mahu mendedahkan terlalu banyak tentang filem ini, cukuplah sekadar ia mampu membuat anda terfikir – ‘hebat juga filem kita’. Indah juga. Pintar juga pembikin filem Malaysia.

Ia memberi kita harapan bahawa ada banyak yang lebih bagus, yang lebih baik ada di hadapan buat filem Malaysia.