Baru selesai saya mengulang baca kisah Irfan Khairi di dalam e-book Mentor Jutawan. Saya kalau baca buku, suka ulang-ulang. Baru lebih faham. Dan bacaan kali kedua, ketiga dan seterusnya juga akan mendatangkan kefahaman, dan idea yang berlainan.
(masih terasa kekok menulis dalam Bahasa Malaysia, tapi teruja kerana buku Mentor Jutawan juga dalam Bahasa Malaysia!)
Saya memang orangnya suka berterus terang, cakap juga kurang berlapik (kadangkala hingga mengguris hati orang lain dan menyusahkan diri sendiri!). Ini kelemahan saya yang harus diperbaiki, namun, saya harus akui – beberapa tahun dahulu, saya tergolong daripada golongan Melayu Lupa Diri.
Apa maksudnya Melayu Lupa Diri tu? Ini takrifan saya sediri (mungkin berbeza dengan orang lain).
Saya tak suka dengan sikap kebanyakan orang Melayu. Saya segan untuk mengaitkan diri dengan orang Melayu kerana contoh-contoh yang saya lihat di sekitar saya tidak menyokong perkembangan diri saya. Oleh kerana itu, saya tidak baca buku bahasa Melayu, tidak tonton filem Melayu, kurang berkawan dengan orang Melayu, kurang bercakap bahasa Melayu, (hinggakan bila sekali-sekala bercakap bunyi macam bahasa Indonesia).
Saya masih rasa bangsa itu kurang relevan dan kurang penting pada dunia masa kini (tapi isu lain untuk masa lain).
Pokoknya, saya kurang keyakinan terhadap bangsa dan negara saya sendiri. Saya muda (dan masih muda
). Jadi, tiada contoh dewasa yang boleh saya kagumi (kecuali ibu bapa), jadi – saya lebih terpengaruh kepada mentor dan ikon daripada luar negara. Bill Gates, Tony Robbins, Richard Branson, Anita Roddick, Oprah Winfrey menjadi pujaan saya. Hinggalah saya berjumpa dengan - Irfan Khairi.
Beliau yang membuka mata saya kepada ikon kejayaan di Malaysia. Melalui penulisan, seminar dan rancangan radio beliau – saya menyedari banyak juga perkara yang bagus yang boleh dipelajari daripada orang Malaysia sendiri. Yang lebih relevan dan hampir kepada masyarakat serantau. Perlahan-lahan, saya ubah pandangan dan pendirian saya.
Kini, semua orang – Melayu, Bukan Melayu, Orang Putih, Orang Tidak Putih – bagi saya semuanya sama. Kini, bagi saya, yang membezakan sama ada individu itu saya boleh contohi, atau tidak ialah – ilmu, amalan, dan cita-citanya.
Saya senang mengaitkan diri saya dengan Irfan Khairi. Beliau mempunyai cara pemikiran dan pelaksanaan yang bagus dan sering dapat saya contohi. Orangnya simple dan tidak berlebih-lebih. Tapi kata-katanya bernas dan penuh berisi.
Antara yang membuat saya rasa tertarik dalam Mentor Jutawan ialah bila beliau menceritakan teori keperluan manusia Abraham Maslow. Saya juga mempelajari teori ini di universiti, hanya apabila tamat pengajian baru dapat saya hargai dan fahami apa maksud sebenar di sebalik teori ini.
Jadi sekiranya anda rasa bosan, sering tertekan, keluh kesah sepanjang hari – mungkin kerana anda tidak lagi memenuhi ’keperluan’ sebenar diri anda. Terutama bagi penduduk bandar, yang berpelajaran tinggi – keperluan asas yang bermula daripada physiological (makanan, miniman, tempat tinggal), safety (kestabilan badan, pekerjaan, sumber) love/belonging (persahabatan, kekeluargaan, keperluan seksual), esteem ( keykinan diri, harga diri, pencapaian) - sudah anda penuhi. yang tinggal lagi ialah – self – actualisation.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang self-actualisation, dan cara-cara untuk membantu memenuhinya, pelbagai ilham dan tunjuk ajar dapat anda perolehi daripada Mentor Jutawan.
Anda tidak perlu bercita-cita untuk menjadi Jutawan untuk membacanya ( saya juga tidak bercita-cita untuk menjadi Jutawan, saya ingin lebih lagi
). Sekiranya anda baru ingin mencuba perniagaan secara sambilan, anda ingin mencuba membaca e-book Bahasa Malaysia, anda ingin mengetahui tentang apakah bendanya e-book itu? (ini juga e-book pertama yang saya beli, best! eheh) – semuanya dapat anda capai dengan Mentor Jutawan.
Jadi dapakan satu untuk anda. Sekali lagi, sekiranya anda mengenali saya (bagi rakan-rakan rapat dan keluarga), saya memang cerewet dalam membeli dan mempromosi. Saya tidak akan buka mulut sekiranya saya tidak rasa sesuatu produk/servis itu bagus. Saya juga tidak segan silu untuk berkata benar sekiranya sesuatu itu di bawah tahap memuaskan.
Bagi saya, Mentor Jutawan adalah cemerlang!